Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KSSM) dalam Pendidikan Abad ke 21 sebagaimana yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) 2013-2025. Melalui kursus ini pelajar mendapat pengetahuan mengenai teori pembelajaran dan perkembangan terbaharu pendidikan dan penerapan Enam Aspirasi Murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga akan dapat membina pengetahuan mengenai penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam setiap aspek termasuk kokurikulum. Pelajar akan diberi kemahiran melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan menguruskan data murid yang menjadi sebahagian daripada tugas hakiki guru. Melalui kursus ini pelajar akan bersedia untuk melaksanakan pedagogi terkini dan menguruskan aktiviti kokurikulum bagi menyediakan murid untuk masa hadapan