BACKUP FROM SEMESTER II 2016/2017

Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah-surah pilihan bermula dari surah AL-Nas sehingga surah al-Buruj. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Semester 1 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Pergigian bagi memantapkan pengamalan al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada Al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat.