SEMESTER II 2015/2016

Course Outline QQQ 2041


Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah Al-Baqarah daripada ayat 234 hingga ayat 286. Ia adalah ditawarkan kepada pelajar Semester 4 bagi memantapkan pengamalan Al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas Al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujjah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada Al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat.

Kursus ini dibina untuk pelajar tahun tiga dengan matlamat menyediakan pelajar dengan kemahiran mempraktikkan kaedah-kaedah ulama Al-Quran dan Hadis dalam isu-isu terkini, serta mengkaji perkembangan dan cabaran pengajian Al-Quran dan Hadis dalam mendepani perkembangan teknologi terkini seperti internet dan lain-lain.