Kursus ini adalah tentang hubungan etnik di Malaysia bermula daripada peringkat awal hingga terbina negara Malaysia.  Penglibatan semua etnik yang menjadi rakyat Malaysia di samping usaha pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan masyarakat adalah sangat penting dalam usaha menanam semangat kerjasama, saling faham-memahami dan bertolak ansur demi menjamin keselamatan dan keharmonian yang dikecapi akan berterusan.

PENGENALAN KURSUS

UTT 1012
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
(TITAS)

Kursus ini dibangunkan untuk pelajar tahun satu sebagai pendedahan kepada pengajian ketamadunan daripada pelbagai sumber maklumat. Selain itu, kursus ini menyediakan kefahaman yang lebih baik berkenaan kemunculan, perkembangan dan kemerosotan tamadun-tamadun dalam sejarah manusia. Natijahnya, pelajar akan didedahkan kepada isu dan permasalahan utama dalam mendepani perkembangan dan kemajuan tamadun. 

Kuliah
ini membincangkan konsep hubungan etnik, masyarakat, dan budaya. Topik
perbincangan akan meneliti proses pembangunan politik, sosiobudaya dan ekonomi
dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Perbincangan bertujuan untuk
memberikan kesedaran tentang falsafah membina bangsa yang sesuai dengan
masyarakat Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, latar belakang, agama
dan adat istiadat. Hal ini juga bertujuan untuk memahami bahawa
cabaran dan masalah yang berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia adalah
unik. Kesedaran
dan pemahaman pelajar adalah penting terhadap  sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh
pelbagai pihak untuk mewujudkan hubungan etnik yang harmoni dan dalam usaha mencapai
tujuan konsep 1Malaysia.